Sunday, 1 April 2012

I am still learning - Jenis-jenis ikan kat pasar

Kali ni aku bukak title baru... I am still learning ni nak menunjukan benda2 basic yg probably orang lain rasa simple tapi bagi aku sangat susah. Ok aku ada pergi Mydin hari ni teman makcik aku. Malas seh nak gi tapi nak wat camner, hanya aku je yang bleh diharap. So pas sarap aku pun drive. Kat Mydin makcik aku ligat cek barang2, aku just tolong tolak troli. Bosan2 tunggu, aku pun terpikir untuk study ciri2 ikan. Manalah tau satu hari nanti aku kawin, takan pergi pasar takan nak tanya, Bang, ikan kembung mana satu? :p

Ok yang kat tepi ni nama dia ikan kembung, atau bahasa inggerisnya mackerel. Nak identify dia aku rasa check kat ekor dia. Bentuk V. Mulut dia besar macam orang tengah sedih and maybe orang panggil dia kembung sebab bahagian perut dia cam mebngembung je. kaler dia bahagia atas hitam pastu makin fade out jadi grey pastu jadi putih bila sampai tang perut.


Yang ni plak ikan selar kuning or in english yellow scad. Size dia agak kecil compare to ikan kembung. Nak detect dia senang sebab ada kaler stripe kuning yang agak obvious kat bahagian tengah2. So yang ni mungkin aku takan buat silap. Harap2 ikan lain stripe kaler hijau, merah, jingga dan sebagainya. So tak payah susah2 nak ingat.




Yang ni plak ikan cencaru atau owg putih panggil hard tail scad. Aku rasa ikan ni besar lagi dari kembung, and kaler atas dia lebih gelap compare tu kembung. pastu ada sirip panjang macam sabit. So harap kat pasar orang tak potong sirip ni so boleh la senang nak identify ikan cencaru.





Yang ni plak ikan tongkol which is ikan tuna rupanya dalam inggeris. Ape da, rupanya kalau dalam tin sardin tu kira aku selalu makan ikan tongkol la rupanya. hehe...Bentuk dia camne ek nak describe, maybe kaler dia pucat lesi kot, and bahagian atas dia ader stipe2 kaler gelap. Pastu nak sampai kat ekor tu ade sirip bentuk cam gerigi sikit.



Ok, ikan tenggiri ni plak bentuk ni besar compare tu kembung. Owg panggil dia spanish mackarel gak, konpius aku dgn owg putih ni.. Dia agak tirus and aku perasan kalau orang masak diowang akan potong melintang and kita akan nampak keratan rentas seperti yang kat dalam gambar tu, Nak bezakan ngan ikan yang kat atas2 tadi memang senang la kan. Besides, mulut dia melintang ke tepi and muncung agak tirus.




Yang ni plak ikan siakap.Owg putih panggil asian seabass. Design mmg lain terus. So mmg tak konpius, but maybe boleh terlupa. Nak identify dia maybe kepala dia agak kecil compare to body dia. 

Nape owg melayu panggil dia kerapu, maybe bentuk yang agak merapu compare tu ikan2 yang lain. Corak2 badan dia maybe terlalu ceria, so merapu la tu kan. Owg putih panggil grouper. So kalau tgok corak mmg sah la ini ikan kerapu,. Mata nya agak terjojol keluar. Quite funny la ikan ni.


Ni pulak ikan terubok, or english we call shad. Badan dia agak lebar and leper. Ekor dia besar bentuk V. Mulut kecik compare tu badan dia. Senang kot nak beza ngan ikan lain.








Ini ikan jenahak. ader kaler putih. Tapi gambar ni aku dapat kaler merah. Owg putih panggil snapper. Bentuk macam siakap tapi mata dia besar tu.. So tak konpius sangat.





Sebelah ni ikan patin dan disebut sebagai silver catfish dalam bahasa inggeris. Perut kalau diperhati memang sangat boroi. Itulah identifikasi mudah untuk ikan ni. Teringat pasal boroi ni nasib baik aku dah berjaya kurangkan sket keboroian perutku.



Yang ni ikan kayu. Ader sowang awek ni pernah bagitau aku pasal ikan kayu ni. Rupanya maybe cam ikan tongkol tapi panjang cam kayu. Owang putih panggil tuna. Eh ikan sardin lagi rupanya. Sedap ker ikan ni awak makan hari tu? Eh aku tanya saper lak ni?





Ni plak bawal. Bawal ni macam2 tapi aku tunjuk bawal hitam jer. Bentuk bulat cam boling or bowl. So takan takleh nak beza gak. Owg putih panggil pomfret. Ikan ni leper2 jer bentuknya. Pastu badan dia memang pendek compare tu ikan2 yang lain.

Sebelah ni ikan haruan and english we call as snakehead. Kepala maybe cam ular tu sebab owg putih panggil snakehead. So senang citer badan dia memanjang la macam ular gak. Tapi tak la panjang sangat cam belut or real snake.



This is catfish atau pun ikan keli. memang geli aku nak pegang maybe sebab bentuk dia and ader dua sesungut kat mulut dia. Kaler dia gelap jer. Banyak lagi ikan lain, tapi ini yang selalu orang masak kot. Ader lagi ikan pari, ikan merah and parang.Btw ikan bilis senang la nak identify. Kalau tak tau gak baik kita sama2 pergi mydin and study balik. :)

14 comments:

  1. bagus la..saya memang tercari2 nama ikan2 dlm english. tambah la lagi senarai ikan2 tu...hehhehe neway, best.

    ReplyDelete
  2. Terbaik list ni. Terima kasih atas info berguna ini!

    ReplyDelete
  3. Next mana satunya ikan ni paling sedap, I like Kembong dan Patin. Tapi Patin kat Tesko/NSK tu berbau. Don't know how nak hilangkan bau tu? Tongkol dan ikan kayu tu napak sama saja. Selar dan cencaru keras bila di goreng. Thanks for the translation.

    ReplyDelete
  4. Good job bro.. bagus list ini, dapat tambah pengetahuan kita.. :D -JESS

    ReplyDelete
  5. Very useful and helpful. Not much information on fish in this region and your photographs help a lot. Thank you and keep up the good work in your writing.

    ReplyDelete
  6. bagus bro. keep it up post2 camni

    ReplyDelete
  7. ikan siakap tu kalau dikalangan kaki pancing dipanggil BARRAMUNDI aka Siakap putih, MANGROVE JACK aka Siakap Merah, sebelah sabah ada BLACKBASS aka Kanai ....

    ReplyDelete
  8. Ikan kerapu mata terjojol disebabkan tekanan air... Kerana dibawa naik ke permukaan secara cepat dan kadangkala lidah dia pon akan terjelir mcm belon...

    ReplyDelete
  9. Sorry..yg dikatakan "Ikan kayu" tu bukan ikan kayu. Itu ikan saba (saba=nama Jepun. Ia sejenis mackerel (ikan2 dari keluarga ikan kembung/tenggiri). Nama Inggeris 'Pacific Mackerel', 'Pacific Chub Mackerel' ,'Saba Mackerel. Nama sains Scomber japomicus. Ikan perairan sejuk/sederhana tp kini banyak diimport masuk ke Malaysia, maka dah banyak kelihatan di pasar2 Malaysia. Ia bukan ikan kayu/ikan tongkol. Tongkol/Kayu adalah ikan sama, jenis tuna (bhs Inggeris) atau aya (bahasa Melayu). Saba mmg sedap, buat gulai sedap, saya selalu beli dan masaka makan ikan ini.

    ReplyDelete
  10. Kalau bolwh nk tahu yg mana satu ikan pelaling, ikan uji rashid(mata besar), termenung.. keliru

    ReplyDelete
  11. Mcm mana nak bezakan cencaru putih dgn hitam ya?!

    ReplyDelete
  12. Snakehead bukan ikan tioman ke?

    ReplyDelete
  13. TQ byk2. Maklumat sgt berguna bgi org mcm saya yg krg kenal nama ikan. Tahu mkn aje!

    ReplyDelete