Tuesday 1 May 2012

Budak pandai cakap - Kasut sukan Adidas ClimaCool Ride bagus

 Ok, kali ni aku nak citer sket pasal barang-barang yang aku pernah beli and aku pernah pakai... Tujuannya just nak share pendapat aku tentang sesuatu produk yang aku beli samada membaziaq, bolehlah, memuaskan or patut beli... So kali ni  aku nak bagi rumusan tentang kasut Adidas ClimaCool Ride. Ok, kasut ni aku guna untuk jog. The actual purpose design kasut ni aku tak pasti... Tapi masa aku tanya kat brader al Ikhsan dulu kat Subang Parade mmg dia kata sesuai untuk jogging and buat jenjalan.. masa tu tak salah aku aku beli kat RM 270 kot. Aku beli taun 2011 masa awal taun... Time tu kasut ni mmg baru kuar.. and aku beli sempena nak gi family day kompeni lama aku kat Pangkor...
Yang buat aku berminat kat kasut ni first impression dia ialah bentuk dia... Compare to kasut running dulu kala, kesemuanya nampak besaq2, so kalau wat joggin mmg lawa, tapi kalau buat jalan owg tgok kelakar... But this shoe nampak cute jer sebab tapak dia tak la lebaq sgt.. Besides tapak dia yang zig zag bentuknya mmg smart bila owg nampak masa kita berjalan... Selain itu, warna kasut ni ada banyak pilihan, jadi tak la dull sangat... ikut suka korang nak kaler aper... dah macam hanpon nokia ja.. Spt biasa aku akan pilih kaler tema aku iaitu merah putih macam dalam gambaq...
Selain itu, masuk ni, aku dah pakai kasut ni dah dekat satu taun.. Tapi aku rasa aku start jogging seriously baru dekat 5 bulan... So far kasut ni aku rasa memang ringan.. Bila lari tak terasa macam membawa beban kat kaki. Pastu, kain kasut ni mmg banyak rongga2, kalau suluh pakai lampu suluh, mmg cahaya bleh masuk dalam kasut...So menunjukkan banyak rongga2 udara untuk sejukan kaki. Amat penting masa lari sebab jika kaki kita  panas, kaki rasa tak selesa and kita rasa tak da mood nak jog. Diowang namakn teknologi ni as ClimaCool.
Tapak dia juga ok la, boleh absorb tekanan masa 
lari sebab dia ada teknologi Adiprene kat tapak kasut. Yang paling menarik ialah tapak kasut dia bentuk zig zag yang menyebabkan kasut ini boleh dibengkokkan. Jadi kasut running aku dulu tak de yang boleh bengkok camni sekali. Bagus bila kita nak lari naik bukit...So far aku rasa puas hati ngan kasut ni... Aku sangat sayang sebab kasut ni telah banyak mebantu aku dalam menjaga kesihatan aku dengan merajinkan aku berjogging.. 



Rating aku : patut beli :)