Friday 8 December 2017

Budak pergi jenjalan - Bercuti di Legoland okaylah

Tegah taun Ni aku GI jnjalan Kat Legoland. Amik cuti Hari kerja Isnin supaya dtg wanna owg x ramai. Sampai pagi, masa diowang baru bukak. Parking Kat mall sebelahdia sbb rate lagi murah.memula GI fun park masuk dri sblah Kanan and pusing satu round. Mula dari sebelah Kanan more to budak kecik. If mula round park dari sblah Kiri more to owg besar. Antara yg aku main ngan bebudak ialah junior driving, junior boat, fire engine, aeroplane, ninjago and train. Pastu terpaksa stop about pukul 2 sbb nk GI waterpark. Bwk bebudak main air. Pastu aku main semua slide. Owg x ramai so aku main sampi bosan. Kesimpulannya, tempat Ni more to budak bwh 12 taun. Ride dia suitable utk budak kecik. Tapi kalau be budak cam 1 Hari utk attend both parks mmeang rushing. Fortunately time aku GI x hujan. Btw enterance fee mmg Mahal. Aku GI pun sebab de promo. Dok Kat hotel In sebab Kat hotel Legoland harga mhl. Pada aku oklah utk dtg sini, tapi reganya buat aku pikir byk kalau nak datang lagi.

Budak baru belajar - Bayar PTPTN pakai KWSP

Alhamdulillah dah setel hutang PTPTN last tgh taun Ni. Setel terus pakai KWSP. Actually aku dah try buat first pengeluaran sblum ni. Sampi habis akaun 2, pas beberapa taun, aku keluarkan second time utk setelkan terus. Application semua buat online. Then KWSP contact suruh dtg wat pengesahan dgn bwk Salinan IC and sijil ijazah. Kejap je x smpi 3 minggu setel.

Thursday 7 December 2017

Budak baru belajar - Beza daun sup dengan daun ketumbar

I am still learning - beza daun sup dengan daun ketumbar
Based on xperience aku, daun sup Ni panjang drp ketumbar. Pastu daun sup Ni kalau kita sedut bau dia, x kuat sgt compare ketumbar yg baunye kuat.nak lagi senang, bawa jumpa cashier Tanya Ni daun sup or ketumbar.

Budak pandai cakap - Xiaomi mi band 2 bagus

Xiaomi mi band 2 Malaysia
.
Aku rasa berbaloi. Sebab aku beli Kat Lazada cuma 70 pas tolak voucher n diskaun. Pastu bleh guna check heart beat, estimate distance jog, dpt notification update from phone and paling penting bleh jadi jam. Bleh sync ngan Android apps MI tuk check achievement. 

Tuesday 1 May 2012

Budak pandai cakap - Kasut sukan Adidas ClimaCool Ride bagus

 Ok, kali ni aku nak citer sket pasal barang-barang yang aku pernah beli and aku pernah pakai... Tujuannya just nak share pendapat aku tentang sesuatu produk yang aku beli samada membaziaq, bolehlah, memuaskan or patut beli... So kali ni  aku nak bagi rumusan tentang kasut Adidas ClimaCool Ride. Ok, kasut ni aku guna untuk jog. The actual purpose design kasut ni aku tak pasti... Tapi masa aku tanya kat brader al Ikhsan dulu kat Subang Parade mmg dia kata sesuai untuk jogging and buat jenjalan.. masa tu tak salah aku aku beli kat RM 270 kot. Aku beli taun 2011 masa awal taun... Time tu kasut ni mmg baru kuar.. and aku beli sempena nak gi family day kompeni lama aku kat Pangkor...
Yang buat aku berminat kat kasut ni first impression dia ialah bentuk dia... Compare to kasut running dulu kala, kesemuanya nampak besaq2, so kalau wat joggin mmg lawa, tapi kalau buat jalan owg tgok kelakar... But this shoe nampak cute jer sebab tapak dia tak la lebaq sgt.. Besides tapak dia yang zig zag bentuknya mmg smart bila owg nampak masa kita berjalan... Selain itu, warna kasut ni ada banyak pilihan, jadi tak la dull sangat... ikut suka korang nak kaler aper... dah macam hanpon nokia ja.. Spt biasa aku akan pilih kaler tema aku iaitu merah putih macam dalam gambaq...
Selain itu, masuk ni, aku dah pakai kasut ni dah dekat satu taun.. Tapi aku rasa aku start jogging seriously baru dekat 5 bulan... So far kasut ni aku rasa memang ringan.. Bila lari tak terasa macam membawa beban kat kaki. Pastu, kain kasut ni mmg banyak rongga2, kalau suluh pakai lampu suluh, mmg cahaya bleh masuk dalam kasut...So menunjukkan banyak rongga2 udara untuk sejukan kaki. Amat penting masa lari sebab jika kaki kita  panas, kaki rasa tak selesa and kita rasa tak da mood nak jog. Diowang namakn teknologi ni as ClimaCool.
Tapak dia juga ok la, boleh absorb tekanan masa 
lari sebab dia ada teknologi Adiprene kat tapak kasut. Yang paling menarik ialah tapak kasut dia bentuk zig zag yang menyebabkan kasut ini boleh dibengkokkan. Jadi kasut running aku dulu tak de yang boleh bengkok camni sekali. Bagus bila kita nak lari naik bukit...So far aku rasa puas hati ngan kasut ni... Aku sangat sayang sebab kasut ni telah banyak mebantu aku dalam menjaga kesihatan aku dengan merajinkan aku berjogging.. 



Rating aku : patut beli :)

Sunday 1 April 2012

I am still learning - Jenis-jenis ikan kat pasar

Kali ni aku bukak title baru... I am still learning ni nak menunjukan benda2 basic yg probably orang lain rasa simple tapi bagi aku sangat susah. Ok aku ada pergi Mydin hari ni teman makcik aku. Malas seh nak gi tapi nak wat camner, hanya aku je yang bleh diharap. So pas sarap aku pun drive. Kat Mydin makcik aku ligat cek barang2, aku just tolong tolak troli. Bosan2 tunggu, aku pun terpikir untuk study ciri2 ikan. Manalah tau satu hari nanti aku kawin, takan pergi pasar takan nak tanya, Bang, ikan kembung mana satu? :p

Ok yang kat tepi ni nama dia ikan kembung, atau bahasa inggerisnya mackerel. Nak identify dia aku rasa check kat ekor dia. Bentuk V. Mulut dia besar macam orang tengah sedih and maybe orang panggil dia kembung sebab bahagian perut dia cam mebngembung je. kaler dia bahagia atas hitam pastu makin fade out jadi grey pastu jadi putih bila sampai tang perut.


Yang ni plak ikan selar kuning or in english yellow scad. Size dia agak kecil compare to ikan kembung. Nak detect dia senang sebab ada kaler stripe kuning yang agak obvious kat bahagian tengah2. So yang ni mungkin aku takan buat silap. Harap2 ikan lain stripe kaler hijau, merah, jingga dan sebagainya. So tak payah susah2 nak ingat.




Yang ni plak ikan cencaru atau owg putih panggil hard tail scad. Aku rasa ikan ni besar lagi dari kembung, and kaler atas dia lebih gelap compare tu kembung. pastu ada sirip panjang macam sabit. So harap kat pasar orang tak potong sirip ni so boleh la senang nak identify ikan cencaru.





Yang ni plak ikan tongkol which is ikan tuna rupanya dalam inggeris. Ape da, rupanya kalau dalam tin sardin tu kira aku selalu makan ikan tongkol la rupanya. hehe...Bentuk dia camne ek nak describe, maybe kaler dia pucat lesi kot, and bahagian atas dia ader stipe2 kaler gelap. Pastu nak sampai kat ekor tu ade sirip bentuk cam gerigi sikit.



Ok, ikan tenggiri ni plak bentuk ni besar compare tu kembung. Owg panggil dia spanish mackarel gak, konpius aku dgn owg putih ni.. Dia agak tirus and aku perasan kalau orang masak diowang akan potong melintang and kita akan nampak keratan rentas seperti yang kat dalam gambar tu, Nak bezakan ngan ikan yang kat atas2 tadi memang senang la kan. Besides, mulut dia melintang ke tepi and muncung agak tirus.




Yang ni plak ikan siakap.Owg putih panggil asian seabass. Design mmg lain terus. So mmg tak konpius, but maybe boleh terlupa. Nak identify dia maybe kepala dia agak kecil compare to body dia. 

Nape owg melayu panggil dia kerapu, maybe bentuk yang agak merapu compare tu ikan2 yang lain. Corak2 badan dia maybe terlalu ceria, so merapu la tu kan. Owg putih panggil grouper. So kalau tgok corak mmg sah la ini ikan kerapu,. Mata nya agak terjojol keluar. Quite funny la ikan ni.


Ni pulak ikan terubok, or english we call shad. Badan dia agak lebar and leper. Ekor dia besar bentuk V. Mulut kecik compare tu badan dia. Senang kot nak beza ngan ikan lain.








Ini ikan jenahak. ader kaler putih. Tapi gambar ni aku dapat kaler merah. Owg putih panggil snapper. Bentuk macam siakap tapi mata dia besar tu.. So tak konpius sangat.





Sebelah ni ikan patin dan disebut sebagai silver catfish dalam bahasa inggeris. Perut kalau diperhati memang sangat boroi. Itulah identifikasi mudah untuk ikan ni. Teringat pasal boroi ni nasib baik aku dah berjaya kurangkan sket keboroian perutku.



Yang ni ikan kayu. Ader sowang awek ni pernah bagitau aku pasal ikan kayu ni. Rupanya maybe cam ikan tongkol tapi panjang cam kayu. Owang putih panggil tuna. Eh ikan sardin lagi rupanya. Sedap ker ikan ni awak makan hari tu? Eh aku tanya saper lak ni?





Ni plak bawal. Bawal ni macam2 tapi aku tunjuk bawal hitam jer. Bentuk bulat cam boling or bowl. So takan takleh nak beza gak. Owg putih panggil pomfret. Ikan ni leper2 jer bentuknya. Pastu badan dia memang pendek compare tu ikan2 yang lain.

Sebelah ni ikan haruan and english we call as snakehead. Kepala maybe cam ular tu sebab owg putih panggil snakehead. So senang citer badan dia memanjang la macam ular gak. Tapi tak la panjang sangat cam belut or real snake.



This is catfish atau pun ikan keli. memang geli aku nak pegang maybe sebab bentuk dia and ader dua sesungut kat mulut dia. Kaler dia gelap jer. Banyak lagi ikan lain, tapi ini yang selalu orang masak kot. Ader lagi ikan pari, ikan merah and parang.Btw ikan bilis senang la nak identify. Kalau tak tau gak baik kita sama2 pergi mydin and study balik. :)

Saturday 24 March 2012

I am still learning - PS3 kaput

Siot la. Time gaji masuk ni ade sajer problem yang datang. PS3 aku kaput sebab tak bleh nak read disk. Dah macam2 aku buat, mula2 aku restart banyak kali. Then aku check disk game yg aku selalu main, BF3. Check, xder pun calar, so aku lap2, still tak leh read. Tukar disk lain pun found out still x boleh read. So kesimpulannya, bukan datang dari DVD blue ray, tapi dari lens yang tak leh read. Assumption aku masa tu.




Disk yang berkilat setelah dilap beberapa kali dengan tisu
Game yang tak kelihatan walau dah tukar ngan blue ray disk yang lain
 Aku check la kat internet, and found out dekat you tube macam-macam cara nak betulkan. One of it is to clear the blue ray lens. link dia aku letak kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=7O-8NzYHr80


pastu ni link camner nak replace:

Tapi aku buat keputusan untuk antar kedai jer la.. rasa cam malas nak buat sendiri.. Huhu, terbang lagi duit aku. Macam mana la nak saving kalau camni gayanye. :)